Sunday, September 16, 2012

Hari Malaysia?

Assalammualaikum. Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillah, umurku masih panjang untuk diberi peluang menulis di blog yang dah sedikit berkarat sebab lama tak update, walhal aku sebenarnye sudah pun terlupe kewujudan blog yg aku create entah tahun berape dulu.

Sebenarnye, terasa tergerak hati untuk menulis pada blog habiskes bit nih sebab hari ni, 16 september  adalah satu tarikh yg amat istimewa terutama pada diriku ini (will be on the next post)...mungkin juga istimewa pada seluruh rakyat malaysia sebab hari ini hari Malaysia ye..(bukan hari 1Malaysia) tapi hari Malaysia.. Apa  sebenarnye sejarah di sebalik Hari Malaysia ni..mungkin ada sesetengah rakyat malaysia dah masak dah pon dengan sejarah terlahirnye Hari Malaysia nih..ada yg tahu, 16 september je cuti am satu malaysia, public holiday, time off from work, time to enjoy..partayyy~ utk mereka yg tak tahu bagaimana Hari Malaysia nih boleh ade, silelah ke laman encik wiki wiki utk mengetahui secara am ape tuh sejarah Hari Malaysia.. OK la kalau malas, below is the brief description of sejarah Hari Malaysia

Menurut sumber Wikipedia: 

"Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia di tarikh yang sama pada tahun 1963. Ia menandakan penyertaan bersama Malaya, Borneo Utara, Sarawak, dan Singapura bagi membentuk Malaysia..."




OK, kite selaku rakyat malaysia nih, at least kene la ada pengetahuan sikit pasal Malaysia nih, kata pon rakyat Malaysia, takkan history negara lain sebok dok hafal tapi sejarah negara sendiri entah ke laut..ye tak? just my personal view je, kalau tak terima tak apa..kalau terime, alhamdulillah, mesej yg nak disampaikan berjaya.. 

di kesempatan ni, aku nak ucapkan selamat Hari Malaysia kepada seluruh rakyat malaysia..and frankly speaking, aku bersyukur menjadi rakyat malaysia sebab Malaysia nih still dalam kategori aman, takde perang2, dok bom tembak sana sini..harap2 kerajaan Malaysia dan jugak bakal kerajaan malaysia yg akan datang (who knows kan?) dapat kekalkan aspek keamanan nih yer..insyAllah.. i am proud to be Malaysian!